Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images at GoodLightscraps.com

PRASEKOLAH TUN SAMBANTHAN

PRASEKOLAH TUN SAMBANTHAN

Monday, October 8, 2012

 



SAMBUTAN HARI GURU

           Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 23.05.2012 pukul 8.00 pagi hingga 1.05 tengah hari.  Guru Penolong Kanan 1 telah merasmikan sambutan hari guru pada tahun ini.

 

LATIHAN SENAMROBIK






Pada hari 10.07.2012 aktiviti senamrobik diadakan sempena bulan kecergasan peringkat sekolah. Aktiviti senamrobik ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 8.30 pagi. Semua murid di sekolah mengambil bahagian dalam senamrobik termasuk murid prasekolah. Murid prasekolah turut membuat latihan senamrobik dan mereka kelihatan begitu riang dan cergas semasa membuat senaman arobik.   Murid-murid telah berkumpul di tapak perhimpunan dan melalukan senamrobik dengan iringan muzik.
 

TEMA : MAKANAN




 

membuat kuih ondeh-ondeh....

Ondeh-ondeh adalah kuih tradisional masyarakat melayu.Pada 23.3.2012 guru pra telah mengajar murid-murid cara membuat ondeh-ondeh.  Guru pra meminta ppm menyediakan bahan-bahannya. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ondeh-ondeh adalah tepung beras puluh, gula melaka, kelapa parut, pewarna hijau dan sedikit kapur makan.
 
AGAR-AGAR BUNGA MAWAR.  CANTIK DAN SEDAP
 

 
SERONOK TENGOK GAJAH......

 
COMELNYA.......
 
LAWATAN PRASEKOLAH KE ZOO NEGARA, PUSAT SAINS NEGARA DAN KILANG COKLAT BERLY'S
 
 
Pada 18.07.2012 pihak pengurusan prasekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang telah dilawati ialah Kilang Coklat Berly’s, Zoo Negara dan Pusat Sains Negara.Seramai 23 orang murid, 2 orang guru dan 5 orang ibu bapa telah mengikuti lawatan ini. Kami telah berkumpul di prasekolah pada pukul 7.30. Murid-murid prasekolah diberi sarapan pagi sebelum bertolak. Tepat pada pukul 8.30 pagi, kami telah bertolak ke kuala lumpur dengan menaiki bas.
 




 

PERISTIWA BERSEJARAH...

LAWATAN MENTERI BESAR KE PRASEKOLAH TUN SAMBANTHAN

Pada 30.1.2012 Menteri Besar Negeri Sembilan, ADUN Nilai, Pengarah Pelajaran NS serta pegawai-pegawai dari JPNS telah melawat Prasekolah Tun Sambanthan. Hari tersebut merupakan hari bersejarah bagi golongan warga prasekolah Tun Sambanthan. Beliau bersalaman dan berkenalan dengan murid-murid prasekolah dan telah melawat kelas prasekolah.